Profesionalisme,
mengikut Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 1233,
bermaksud sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara perlaksanaan sesuatu dll)
sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang
professional.
Keguruan pula
bermaksud hal yang berkaitan dengan ilmu menjadi guru, atau tugas dan
tangungjawab (kerjaya) sebagai guru, Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa
dan Pustaka, halaman 492. Mok Soon Sang
(1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan
khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas
yang cukup bermutu, bersikap jujur, berdedikasi, berakauntibiliti dan bermoral
tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan
oleh organisasinya.
Guru dalam profesion keguruan ini perlulah menjadi seorang
tokoh yang serba tahu dan sentiasa peka khususnya dalam setiap aspek yang
berkaitan dengan sistem pendidikan di Malaysia. Ini ialah kerana guru merupakan
pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar-pelajar membina daya pemikiran yang analitikal,
kritis dan kreatif.
Justeru itu, kerajaan hari ini telah mengorak langkah
melakukan transformasi pendidikan dengan meletakkan transformasi keguruan
sebagai profesion pilihan agar setiap pelajar mampu memiliki enam ciri utama
untuk berupaya bersaing pada peringkat
global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian serta mempunyai identiti nasional sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Maka satu piawaian adalah perlu supaya profesion keguruan akan
menjadi lebih berprestij dan elit dalam menentukan keberhasilan
pelajar-pelajar. Piawaian tersebut ialah Standard Guru Malaysia (SGM).
|
Peta Minda Profesionalisme Keguruan |