Monday, May 20, 2013

Profesionalisme Keguruan

Profesionalisme, mengikut Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 1233, bermaksud sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara perlaksanaan sesuatu dll) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang professional.
Keguruan pula bermaksud hal yang berkaitan dengan ilmu menjadi guru, atau tugas dan tangungjawab (kerjaya) sebagai guru, Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 492. Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, berdedikasi, berakauntibiliti dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.
Guru dalam profesion keguruan ini perlulah menjadi seorang tokoh yang serba tahu dan sentiasa peka khususnya dalam setiap aspek yang berkaitan dengan sistem pendidikan di Malaysia. Ini ialah kerana guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar-pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif. 
Justeru itu, kerajaan hari ini telah mengorak langkah melakukan transformasi pendidikan dengan meletakkan transformasi keguruan sebagai profesion pilihan agar setiap pelajar mampu memiliki enam ciri utama untuk berupaya bersaing  pada peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta mempunyai identiti nasional sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 Maka satu piawaian adalah perlu supaya profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit dalam menentukan keberhasilan pelajar-pelajar. Piawaian tersebut ialah Standard Guru Malaysia (SGM).


Peta Minda Profesionalisme Keguruan

2 comments: