Definasi dan Konsep Standard Guru Malaysia
Standard Guru
Malaysia (SGM) ialah penyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh
guru (Standard) dan penyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan
oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan).
Standard Guru
Malaysia (SGM) ialah perincian penyataan prestasi yang patut dicapai oleh
seseorang guru, berdasarkan tiga standard iaitu amalan nilai profesionalisme
keguruan, pengetahuan dan pengalaman serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran. Secara tidak langsung ini membolehkan guru-guru berfungsi secara
berkesan sebagai pendidik dan demi memartabatkan profesion keguruan. Bagi
merealisasikan pencapaian standard ini, agensi dan institusi latihan perguruan
perlu menyediakan dan melaksanakan
keperluan yang ditetapkan.
Dokumen SGM ini perlu dijadikan panduan dan rujukan
para pendidik di semua peringkat demi melahirkan modal insan kelas pertama dan
pendidikan bertaraf dunia kerana modal insan berkualiti bergantung kepada
pendidikan yang berkualiti seterusnya melonjakkan Malaysia ke peringkat Negara
maju menjelang tahun 2020.
Logo Standard Guru Malaysia |
No comments:
Post a Comment