Thursday, May 23, 2013

Didik Hibur

Apakah Didik Hibur?

           Didik hibur bermaksud mendidik sambil berhibur. Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan pelajar-pelajar. Proses pembelajaran dan pengajaran yang bersifat santai dan penekanan perlaksanaan adalah terhadap empat komponen iaitu nyanyian, lakonan, bercerita dan puisi dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Walaupun pelajar-pelajar seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. 

Pendekatan didik hibur – modul Language Arts

Matlamat kurikulum bahasa Inggeris seperti yang terkandung di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), bahasa Inggeris SK, oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2011) adalah untuk membantu pelajar-pelajar menguasai bahasa Inggeris supaya boleh digunakan dalam kehidupan seharian, melanjutkan pengajian, seterusnya untuk tujuan mendapatkan pekerjaan. Kerajaan juga telah melaksanakan dasar MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. 
Tujuan utama memperkukuhkan bahasa Inggeris ialah kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai bidang ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.Bahasa Inggeris yang juga merupakan bahasa dominan yang digunakan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) perlu dikuasai untuk membolehkan pelajar-pelajar mempunyai akses mudah kepada maklumat yang boleh didapati di media elektronik seperti Internet.

Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah bertujuan melengkapkan pelajar-pelajar  dengan kemahiran Asas Berbahasa (Back to Basics) untuk membolehkan mereka berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai konteks yang bersesuaian dengan tahap pembangunan murid. Salah satu pendekatan yang diguna pakai dalam kurikulum berasaskan Standard ialah pembelajaran adalah menyeronokkan, bermakna dan penuh makna atau ‘Learning is fun, meaningful and purposeful’ iaitu pembelajaran yang menekankan  integrasi kemahiran berbahasa. Salah satu komponen penting ialah komponen Didik Hibur – modul Language Arts’ .

Pelajar-pelajar  akan meneroka cerita, sajak dan lagu untuk mengaktifkan imaginasi dan minat mereka, sekali gus menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris secara meluas. Komponen ini akan memastikan bahawa mereka mendapat manfaat daripada kemahiran mendengar dan menggunakan bahasa dari sumber fiksyen serta bukan-fiksyen. Pelajar-pelajar akan mendapat banyak pengalaman berharga melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna dalam komponen ini seperti nyanyian, jazz chants, choral speaking, drama, word search, puzzles dan sebagainya apabila menggunakan bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar juga boleh berbangga dengan pencapaian, ganjaran dan pujian yang diperolehi apabila mereka berjaya melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru. Pelajar-pelajar juga akan digalakkan untuk merancang, menyediakan dan menghasilkan karya kreatif yang mudah.

 Didik Hibur – modul Language Arts juga menyediakan pelajar-pelajar peluang untuk mengintegrasi, bereksperimentasi dan menggunakan apa yang telah dipelajari dalam modul lain dengan pengalaman berasaskan aktiviti, seronok dan bermakna. Ini adalah selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk mengoptimumkan intelek, potensi emosi dan rohani murid.

 Song : Head, Shoulders, Knees and Toes
Sumber : http://www.youtube.com/watch?v=gxphoOOwTbo 

Word Search


Word Wheel


Word Puzzle



1 comment: