Hari ini, 1 Jun 2013 merupakan hari Keputeraan Seri Paduka BagindaYang Di-
Pertuan Agong Malaysia. Jawatan
Yang Di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957 dan merupakan tonggak Negara dan
ketua utama Negara Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong Malaysia
sekarang ialah Sultan Abdul
Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari negeri Kedah.Tuanku Abdul Halim dilantik semula
sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan dalam kalangan
sembilan sultan dan raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan
pada 1957.
Tuanku Abdul Halim pertama kali
ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa baginda
berusia 42 tahun, dan kini setelah empat dekad, Seri Paduka Baginda ditabalkan
semula sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.
Satu ciri unik dan penting dalam
Malaysia ialah institusi Raja Berperlembagaan yang bermaksud sistem pemerintahan
beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong
bertindak berdasarkan perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri.
Yang Di-Pertuan Agong merupakan simbol
keutuhan dan perpaduan rakyat di Negara Malaysia ini.
Daulat Tuanku!
No comments:
Post a Comment