Saturday, May 25, 2013

Language Arts

 Language Arts Activities ......

Action Song

Story Telling

Word Search


Bookmarks


 

Poster




Thursday, May 23, 2013

Didik Hibur

Apakah Didik Hibur?

           Didik hibur bermaksud mendidik sambil berhibur. Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan pelajar-pelajar. Proses pembelajaran dan pengajaran yang bersifat santai dan penekanan perlaksanaan adalah terhadap empat komponen iaitu nyanyian, lakonan, bercerita dan puisi dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Walaupun pelajar-pelajar seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. 

Pendekatan didik hibur – modul Language Arts

Matlamat kurikulum bahasa Inggeris seperti yang terkandung di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), bahasa Inggeris SK, oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2011) adalah untuk membantu pelajar-pelajar menguasai bahasa Inggeris supaya boleh digunakan dalam kehidupan seharian, melanjutkan pengajian, seterusnya untuk tujuan mendapatkan pekerjaan. Kerajaan juga telah melaksanakan dasar MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. 
Tujuan utama memperkukuhkan bahasa Inggeris ialah kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai bidang ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.Bahasa Inggeris yang juga merupakan bahasa dominan yang digunakan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) perlu dikuasai untuk membolehkan pelajar-pelajar mempunyai akses mudah kepada maklumat yang boleh didapati di media elektronik seperti Internet.

Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah bertujuan melengkapkan pelajar-pelajar  dengan kemahiran Asas Berbahasa (Back to Basics) untuk membolehkan mereka berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai konteks yang bersesuaian dengan tahap pembangunan murid. Salah satu pendekatan yang diguna pakai dalam kurikulum berasaskan Standard ialah pembelajaran adalah menyeronokkan, bermakna dan penuh makna atau ‘Learning is fun, meaningful and purposeful’ iaitu pembelajaran yang menekankan  integrasi kemahiran berbahasa. Salah satu komponen penting ialah komponen Didik Hibur – modul Language Arts’ .

Pelajar-pelajar  akan meneroka cerita, sajak dan lagu untuk mengaktifkan imaginasi dan minat mereka, sekali gus menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris secara meluas. Komponen ini akan memastikan bahawa mereka mendapat manfaat daripada kemahiran mendengar dan menggunakan bahasa dari sumber fiksyen serta bukan-fiksyen. Pelajar-pelajar akan mendapat banyak pengalaman berharga melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna dalam komponen ini seperti nyanyian, jazz chants, choral speaking, drama, word search, puzzles dan sebagainya apabila menggunakan bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar juga boleh berbangga dengan pencapaian, ganjaran dan pujian yang diperolehi apabila mereka berjaya melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru. Pelajar-pelajar juga akan digalakkan untuk merancang, menyediakan dan menghasilkan karya kreatif yang mudah.

 Didik Hibur – modul Language Arts juga menyediakan pelajar-pelajar peluang untuk mengintegrasi, bereksperimentasi dan menggunakan apa yang telah dipelajari dalam modul lain dengan pengalaman berasaskan aktiviti, seronok dan bermakna. Ini adalah selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk mengoptimumkan intelek, potensi emosi dan rohani murid.

 Song : Head, Shoulders, Knees and Toes
Sumber : http://www.youtube.com/watch?v=gxphoOOwTbo 

Word Search


Word Wheel


Word Puzzle



Monday, May 20, 2013

Profesionalisme Keguruan

Profesionalisme, mengikut Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 1233, bermaksud sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara perlaksanaan sesuatu dll) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang professional.
Keguruan pula bermaksud hal yang berkaitan dengan ilmu menjadi guru, atau tugas dan tangungjawab (kerjaya) sebagai guru, Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 492. Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, berdedikasi, berakauntibiliti dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.
Guru dalam profesion keguruan ini perlulah menjadi seorang tokoh yang serba tahu dan sentiasa peka khususnya dalam setiap aspek yang berkaitan dengan sistem pendidikan di Malaysia. Ini ialah kerana guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar-pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif. 
Justeru itu, kerajaan hari ini telah mengorak langkah melakukan transformasi pendidikan dengan meletakkan transformasi keguruan sebagai profesion pilihan agar setiap pelajar mampu memiliki enam ciri utama untuk berupaya bersaing  pada peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta mempunyai identiti nasional sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 Maka satu piawaian adalah perlu supaya profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit dalam menentukan keberhasilan pelajar-pelajar. Piawaian tersebut ialah Standard Guru Malaysia (SGM).


Peta Minda Profesionalisme Keguruan

Standard Guru Malaysia


Definasi dan Konsep Standard Guru Malaysia
Standard Guru Malaysia (SGM) ialah penyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan penyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan).

Standard Guru Malaysia (SGM) ialah perincian penyataan prestasi yang patut dicapai oleh seseorang guru, berdasarkan tiga standard iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan pengalaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung ini membolehkan guru-guru berfungsi secara berkesan sebagai pendidik dan demi memartabatkan profesion keguruan. Bagi merealisasikan pencapaian standard ini, agensi dan institusi latihan perguruan perlu menyediakan  dan melaksanakan keperluan yang ditetapkan. 
Dokumen SGM ini perlu dijadikan panduan dan rujukan para pendidik di semua peringkat demi melahirkan modal insan kelas pertama dan pendidikan bertaraf dunia kerana modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan yang berkualiti seterusnya melonjakkan Malaysia ke peringkat Negara maju menjelang tahun 2020.  

Logo Standard Guru Malaysia

Thursday, May 16, 2013

Mikro Pengajaran

Apakah Mikropengajaran?

            Mikropengajaran ialah beberapa kemahiran asas yang terdapat dalam kemahiran mengajar. Kemahiran-kemahiran tersebut terdiri daripada kemahiran memulakan pengajaran, mencungkil idea, menyoal, menerang, mengilustrasi dengan contoh, memperkukuh, menutup pengajaran dan membuat refleksi.








Selamat Hari Guru 2013

 

guru malaysia : 1 aspirasi 1 agenda

1 aspirasi
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1 ASPIRASI
juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

1 Agenda

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Lagu popular Hari Guru dan yang sentiasa membakar semangat seorang guru.  
Jadilah seorang guru yang hadirnya ditunggu, hilangnya dirindu, ilmunya diburu, nasihatnya diseru, tingkahlakunya ditiru…. Setiap tahun temanya bertukar ganti, jawatannya tetap itu, tugasnya pun itu, panggilan keramatnya tetap satu .... CIKGU. Selamat hari Guru 2013.