Wednesday, June 5, 2013

Peperiksaan .....

Selamat Menghadapi Peperiksaan ......
KPF 3012  : Perkembangan Pendidikan Di Malaysia (Falsafah dan Dasar) - 05 Jun 2013 
KRT 3013  : Teknologi Maklumat Sekolah Rendah - 07 Jun 2013
KRB 3033  :  Penghantar Bahasa Melayu - 14 Jun 2013

Exam Fever

To all my friends ....

 


 

Jom Singgah .....
http://juemajuema.blogspot.my/

Saturday, June 1, 2013

Selamat Bercuti ......

Tiba-tiba teringat pada anak-anak ini ..... 



Daulat Tuanku !

Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke-14
             Hari ini,  1 Jun 2013 merupakan hari Keputeraan Seri Paduka BagindaYang Di- Pertuan Agong Malaysia. Jawatan Yang Di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957 dan merupakan tonggak Negara dan ketua utama Negara Malaysia.
            Yang di-Pertuan Agong Malaysia sekarang ialah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari negeri Kedah.Tuanku Abdul Halim dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan dalam kalangan sembilan sultan dan raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.
            Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa baginda berusia 42 tahun, dan kini setelah empat dekad, Seri Paduka Baginda ditabalkan semula sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.
            Satu ciri unik dan penting dalam Malaysia ialah institusi Raja Berperlembagaan yang bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri.
            Yang Di-Pertuan Agong merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di  Negara Malaysia ini. Daulat Tuanku!