Thursday, April 4, 2013

Terima Kasih ..... Malaysia!

Kiniku nikmati kehidupan yang selesa,
Dibentuk oleh mereka yang penyayang,
Hari silih ganti kami maju ke hadapan,
Tak kira apa jua halangan.
                                                                                              
Terima kasih ku ucapkan padamu,
Atas nikmat yang diberi padaku,
Terima kasih ku ucapkan padamu,
Kerna aman sentosa selalu.

Kita dididik serta dipimpin,
Agar kita semua tidak keciciran,
Kita terus berusaha sedaya upaya,
Agar menjadi insan yang berguna.

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com
                http://www.youtube.com

Tuesday, April 2, 2013

Peta Minda : Peranan Guru

First trial .... peta minda.
Apakah peta minda?
Peta minda adalah sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat, idea, tugasan atau huraian yang padat. Download di ThinkBuzan - Official Mind Mapping ....http://www.thinkbuzan.com

Peta Minda : Peranan Guru


Monday, April 1, 2013

Sukakan Kanak-Kanak

           Salah satu ciri peribadi yang perlu ada pada seorang guru terutama sekali guru sekolah rendah ialah 'sukakan kanak-kanak'. Menurut Noran Fauziah Yahya dan Ahmad Mahdzan Ayob dalam buku yang bertajuk Guru dan Perguruan, profesion perguruan adalah satu profesion yang memberikan guru banyak peluang untuk berinteraksi dengan kanak-kanak seterusnya memahami mereka yang merupakan 'klien' dengan lebih baik.
           Maka adalah wajar, mereka yang ingin menjadi guru mempunyai sifat sukakan kanak-kanak dan adalah mustahil seseorang yang menceburi profesion perguruan bencikan kanak-kanak!

Happy students ........


Kenapa jadi cikgu?

Kenapa jadi cikgu? Soalan yang biasa ditanyakan? Jawapan paling mudah saya .....
Kini setelah hampir 25 tahun jawapan tetap sama ......
Bagaimana dengan cikgu-cikgu yang lain? Sebab-sebab sebenar bagi individu yang memilih profesion perguruan ini adalah kompleks kerana ia adalah hasil cantuman yang berkaitan dengan sikap, nilai dan pengalaman yang tidak disedari.

Teaching is my passion .............